Nasi Lemak Antarabangsa Memang Terbaik!

Salam dears,
Memang dah lama Mama teringin nak rasa Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru ni, sebab dah ramai sangat yang kata sedap. Jadi bila rakan rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari ajak lepak kat sana hari Ahad lepas, apa lagi...berdesup laa Mama sefamili pergi, weee! hehe

Dan sebaik saja Mama rasa Nasi Lemak Antarabangsa tu, terus menyesal! Menyesal sangat sangat...sebab tak pergi ke sana sejak dulu lagi! Sekarang baru lah Mama tau kenapa ramai yang sanggup datang dari jauh semata mata nak rasa nasi lemak yang super sedap tu. Masa Mama kat sana, memang panjang barisan pelanggan yang menunggu nak beli tau. Mama tengok ada yang tapau sampai 10 bungkus kot! 

Ikut tekak Mama ni, nasi lemaknya memang perfect 10 lah! Mana taknya, nasi lemak tu dikukus & dicampur lagi dengan santan sebelum dikukus pada kali ketiga. Patut laa nasi nya rasa lembut, lemak & gebu gitu. Si kembar 3 nak nasi lemak kosong je, tapi pakat pulun sampai licin hokey. Diorang ni memilih skit bab makan, so kalau diorang bedal sampai licin tu tandanya memang sedap lah tu *thumbs up*.

Haaa satu lagi yang membuatkan Nasi Lemak Antarabangsa ni ada 'kick' sudah tentulah sambalnya yang power rangers tu. Pedas pedas manis, perghhh memang best! Nak lagi 'kick', gaulkan nasi lemak tu ngan sambal + sambal sotong ke sambal kerang ke rendang ke, adoiii kecuq ayaq liuq dah aihh! Nah Mama tepek pics bagi korang terliur jugak hehe

Macam macam lauk ada, sampai menimbulkan rasa tamak haloba nak semua!

Paru goreng favourite Mama.
Yang ni tak liat & memang terasa rempahnya, best!

Pilihan kalbuku - paru goreng & sambal kerang.
Sedapppppp!

Pilihan Ayah - sambal sotong & telur puyuh.
Ayah kata sotong tu lembut jer.

Nasi lemak kosong & ayam goreng berempah untuk si kembar 3

Si kembar berulang kali dok cakap "hmm sedapnya! sedapnya!". Syiok tau tengok anak anak berselera makan :-)

Haaa untuk pilihan minuman plak, kat sini ada air kelapa yang sangat special - Air Kelapa Frutti. Boleh pilih nak minum air kelapa lemon, kelapa laici, kelapa kiwi, kelapa nenas, kelapa nata strawberi, kelapa nata mangga, atau yang paling istimewa skali tentulah Air Kelapa ViP. Mama ni nampak je ada aiskrim & coklat, terus pilih yang tu hehe.

Air Kelapa Frutti ViP only at Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru....sedap wehhh!


Close up skit. Nyaman tekak bila dapat hirup Air Kelapa Frutti ni :-) 


Ohh yaa...kalau korang tak nak makan nasi lemak, menu lain pun ada juga kat restoran Nasi Lemak Antarabangsa ni. Ada bihun goreng, nasi impit kuah kacang, soto dan kuih koci yang menjadi kegilaan ramai dalam Kelab Blogger Ben Ashaari hehe. 

(pic cilok dari Mrs Secretary)

Mama terkilan gak hari tu tak sempat nak rasa kuih koci tu. So confirm kena pergi lagi nih! Mana aci, member member pakat dah rasa, nanti depa borak pasai kuih koci Nasi Lemak Antarabangsa, aii tatau apa...tak leh jadi nih! Ayah ohhh Ayah....bila kita nak pergi lagi?

Gendang gendut, tali kecapi
Sekali rasa, pasti nak lagi!

Ewah ewahh berpantun plak aii hahaha ;-)


Nasi Lemak Antarabangsa (Kg Baru), Kuala Lumpur
4 Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baharu, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +6019 881 8080 Fax : +603 6204 5688
Dibuka dari jam 5 petang hingga 12 tengah hari 
Website: http://www.nasilemakantarabangsa.my/
Facebook: Nasi Lemak Antarabangsa

Air Kelapa Frutti 
Dibuka Selasa hingga Ahad, dari jam 6 petang hingga 12 pagi.
Facebook: Kelapa Frutti

Labels: , ,