Rakan Blogger Aman Palestin

Salam dears,
Salah satu sebab Mama berblog, selain daripada untuk merakam kenangan, adalah juga untuk berkongsi cerita...berkongsi maklumat dengan sesiapa saja yang sudi baca blog ni. Jadi bila Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) dilantik sebagai Rakan Blogger Aman Palestin, terasa gembira dan syukur sangat! 

Inilah satu lagi peluang untuk kitorang sebagai blogger menjadikan blog sebagai medium untuk berbakti kepada orang lain, InsyaAllah. Bukan setakat dok pot pet pot pet mengarut jer kat blog kan hehehe

Hari Ahad lepas Mama dan rakan-rakan dari KBBA telah berpeluang untuk menghadiri satu majlis anjuran Aman Palestin yang menggabungkan 5 agenda penting iaitu Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin, Majlis Menandatangani Kontrak Duta AP, Penyerahan Sumbangan oleh UniKL, Pertemuan Rakan Blogger AP dan Pelancaran Diari Seorang Mujahidah-Kembara Syria. 


Supporting a worthy cause

Buat julung kalinya program usahasama strategik dengan Rakan Korporat Aman Palestin diperkenalkan dan AP berharap akan mendapat kerjasama daripada sekurang-kurangnya 30 rakan korporat. Alhamdulillah, Aman Palestin telahpun mempunyai rakan korporatnya yang pertama iaitu Hospital Islam Az-Zahra. 

Bagi pihak KBBA pula sebagai Rakan Blogger Aman Palestin, salah satu amanah yang kitorang pikul ialah untuk menyampaikan maklumat terkini dan mewar warkan tentang pelbagai aktiviti dan usaha yang dibuat oleh Aman Palestin (AP) ni. Kecil ja tugas kitorang sebenarnya, kalau nak dibandingkan dengan usaha orang lain....

Duta Aman Palestin - Farah Adeeba, Heliza Helmi, Maulana, Mr Bie & Pu Razi

Maulana & Heliza menandatangani kontrak sebagai Duta Aman Palestin

Razi berucap sebagai wakil Kelab Blogger Ben Ashaari. Good job Razi!

Sebahagian dari orang kuat bagi majlis kali ini. 
Majls turut ditaja oleh Cosmoderm, UniKL dan PTS Publishing.


Membeli sambil menderma

"Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya." (Hadis Riwayat Muslim)


image
Sebahagian daripada ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang hadir

Thank you Mr Boni Kacak sebab rajin ambik gambar ;-)

Si cantik manis Heliza, kecil molek je orangnya tapi berjiwa kental.
Dia dah pergi & menyaksikan sendiri ketabahan rakyat Palestin.

Terkesan dengar Heliza cerita tentang bagaimana di salah satu kem yang dilawatinya, mereka terpaksa masak cebisan kotak dibuat sup untuk dimakan. Serius bergenang airmata membayangkan kalaulah anak anak Mama yang terpaksa makan sup kotak tu. Hmm kalau lah kita ditempat mereka, mampukah kita sekuat itu?

Untuk tahun 2015 ni, Aman Palestin mensasarkan kutipan dana sebanyak RM50 juta untuk membaikpulih dan membangunkan semula Gaza selepas peperangan pada tahun lepas. Satu jumlah yang Mama rasa tak mustahil, kalau banyak pihak yang sama sama menyumbang, kan?

Moga moga dengan sokongan daripada Kelab Blogger Ben Ashaari, syarikat korporat & duta Aman Palestin, sasaran RM50 juta tu akan dapat dicapai. Atau mungkin lebih daripada itu, InsyaAllah!

Ada banyak cara untuk kita turut sama menyumbang.

Walau kita tidak mampu ke Palestin untuk berjuang...sokonglah, menyumbanglah, berdoalah, sebarkanlah maklumat...'berjuanglah' dari kejauhan! InsyaAllah...

Aman Palestin Berhad
Website: https://www.amanpalestin.net/
Facebook: Aman Palestin

Labels: , ,