Fauzi Kena Pukul Di Sekolah!

Salam dears,
Hari Isnin lepas (25.05.2015), sebaik saja Mama ambik si kembar kat taska, terus pakat mengadu yang Fauzi kena pukul di sekolah! Katanya kawan sekelas pukul dia beramai ramai! 

Fauzi kata pada mulanya ada sorang budak pukul dia, jadi dia tumbuk budak tu balik. Tapi tiba tiba kawan kawan yang lain pakat join pukul dia juga. Diorang tumbuk perut & dada dia, tolak dia sampai jatuh tertiarap atas lantai, pastu pijak & sepak sepak dia. Diorang berhenti bila cikgu leraikan dan marah budak budak yang pukul dia tu.


Sungguh rasa nak luruh jantung Mama masa dengar tu! Terus terbayang drama gangster dok pukul orang. Bergenang terus air mata huhuhu


Mama periksa seluruh badan dia kot kot ada lebam atau luka. Kat dahinya benjol sikit, kesan terhantuk kat lantai. Pastu baju dia kotor bekas kena pijak & sepak. Sampai kat leher/kolar baju tau ada kesan. Syukur sangat tak ada kecederaan yang lebih teruk.

Benjol kat dahi dah surut skit lepas di tuam

Sebenarnya bila jadi camni, Mama blur skit tak pasti apa yang perlu dibuat. Nak pergi jumpa cikgu ke nak telefon saja? Nak hubungi guru kelas ke guru besar? Pergi terus ke kelas atau ke pejabat dulu? Jadi Mama tanya kawan kawan.

Diorang nasihatkan Mama agar pergi sendiri ke sekolah & buat aduan. Sebab perkara camni tak boleh dibiarkan, takut berulang lagi. Jumpa guru besar, guru penolong kanan hal ehwal murid atau guru disiplin. Sebaiknya bawa sekali surat aduan dan apa apa bahan bukti, contohnya gambar kecederaan tu. 


So petang semalam Mama & Ayah dah pun ke sekolah si kembar & jumpa dengan guru penyelia petang. Sebab Masa tu guru disiplin tak ada. Disamping surat yang kami bawa, kami juga diminta isi borang aduan rasmi


Guru penyelia tu kata guru disiplin akan buat siasatan & panggil murid murid yang terlibat. Jika perlu, cikgu akan panggil pihak ibu bapa yang terlibat datang ke sekolah juga. 


Cikgu kata setiap aduan atau hal disiplin macam ni akan direkodkan dalam buku disiplin pelajar, yang mana laporannya akan dimaklumkan kepada ibu bapa murid tu masa hari perjumpaan ibubapa dan guru (contohnya masa ambik report card). Dan rekod tu akan kekal selagi murid bersekolah. Kalau pindah sekolah pun, pihak sekolahnya yang baru boleh take note & pantau murid tu.


Jadi buat masa sekarang, Mama & Ayah akan tunggu & lihat apa tindakan pihak sekolah akan buat. Lagipun, kalau nak terus 'serang' pun, Mama pun tak betul betul pasti apa yang berlaku. Biasalah budak budak kan, kadang kadang kita kena tanya berkali kali baru dapat tau apa yang berlaku sebenarnya. Tapi bab dia kata kawan pukul beramai ramai tu Mama percaya, cuma berapa ramai & siapa tu....biar lah cikgu siasat dulu. 


Tapi....kalau tak ada tindakan atau lepas ni berulang lagi...errr..tatau laa tahap kesabaran ni macam mana nanti. Harapnya, perkara macam ni tak kan berulang lagi lah. Doakan moga moga si kembar 3 ni akan sentiasa dilindungi-Nya dan dijauhkan daripada segala perkara yang tidak elok, Amin...


Update 28.05.2015: Si kembar kata cikgu dah tanya diorang siasat benda ni. Cuma Mama belum dapat bercakap dengan cikgu tu je lagi untuk dapatkan cerita sebenar.

Labels: ,