Bahaya Jadi Blogger!

Salam dears,
Bahaya ke jadi blogger ni? Hmm untuk yang mudah tergoda & 'kaki shopping' macam Mama ni memang bahaya! Ye laa dalam group bloggers ni ramai yang berbakat memasak, berbakat ada bisnes sendiri dan tak kurang juga 'kaki makan' yang tersangatlah pandai cari port makan yang best best pastu post gambar makanan tengah malam buta sampai kita tidur pun termimpi mimpi hokey *kejam*...

Lagipun kan, dah kalau namanya blogger, cara diorang bercakap bercerita tentang sesuatu benda tu, memang boleh menawan jiwa lah! Mama ni haaa dah ntah berapa kali dah terrrbeli benda sebab terpengaruh dengan rakan rakan blogger lah. 


Dan kebetulan plak, apa yang diorang promote tu memang kena dengan taste Mama dan rasa berbaloi beli. Apa lagi, lepas satu, satu benda nak dicuba. Belum gaji dah plan nak beli benda yang blogger A, B & C cerita. Macam mana laa Mama tak kata bahaya jadi blogger kalau camni? hahaha!



Durian crepe yang sangat, sangat sedap! Mama beli dari blogger Nina MirzaSejukkan dalam fridge, pastu baru ngappp. Pleasure in every bite, yummyy!



Bila rasa panas badan, minum air kelapa laut Man Java ni terus rasa nyaman tekak.
Tokeynya blogger Kak Sue Aida


Brownies kedut with nutella drizzle yang super sedappp! 

Air tangan blogger Nur 'Aliah. Confirm sekali rasa mesti nak lagi *drooling*

Hmm yang Mama boleh terjebak pakai Aidijuma pun, sebab pengaruh rakan rakan blogger laa jugak. Memanjang tengok diorang berselfie pakai Aidijuma nampak comei, nampak lawa, aii pun beli lah. Sekarang ni terus jadi AJ lover dah. Pantang ada design baru keluar, menggedik nak beli huhuhu

Errr...ni baru bab terpengaruh dengan rakan blogger. Belum masuk bab terjebak beli barang barang yang diri sendiri promosikan. Sendiri promote, sendiri beli. Abih tu dah memang benda tu best, camna tak beli? hehehe ;-)




Bon Bon cookies & Choc Chip cookies dari IG: Daanindelights
Sekali bukak, habis sebalang ni wehhh

Pssttt...apsal semua benda makan je nih? Padan laa makin montel sejak jadi blogger hahaha ;-)

Labels: , ,