Injured!

Salam dears, 
Ni la akibatnya jarang bersukan, skali skala join games, terus injured! Kaki terseliuh sudah uhukkkk

Yang sadisnya, terseliuh sebab main terompah gergasi je pun hehehe. Mama depan sekali, masa tengah kona, terjatuh beramai ramai. Terus terpeleot kaki ni tersangkut kat tali terompah tu. Nampak sangat tak pro haha.

Lepas jatuh tu terus tuam dengan ais. Lepas tu rendam kaki dalam air sungai yang sejuk. Tapi tak surut bengkak. Nampak gaya nak kena pi urut ni.

Hmm yang sedihnya injured ni ialah terus tak dapat nak join aktiviti Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari hari ni *nanges*. Dah laa hari ni diorang pergi jungle tracking ngan mandi air terjun, bestnya....

Syioknya diorang berzumba tadi. Aii jadi pemerhati je lah

Labels: ,