Saturday, September 5, 2015

Si Kembar Jadi Saintis di BASF Kids' Lab 2015

Salam dears,
Kanak-kanak memang suka bereksperimen kan? Suka cuba buat itu ini, konon konon macam saintis, ye dak? Si kembar ni pun sama lah, siap pernah 'eksperimen' apa akan jadi kalau simpan penyepit baju dalam peti ais hahaha

So, bila dapat peluang untuk hadiri BASF Kids' Lab 2015 di Petrosains KLCC pada 22 Ogos lepas, memang laju laju lah Mama jawab nak pergi. Dah terbayang betapa seronoknya si kembar. Dan memang diorang enjoy sangat sangat!

Ohh yaa Kids' Lab ni adalah acara tahunan anjuran BASF (Malaysia) Sdn Bhd. Tujuannya untuk menimbulkan minat & persepsi positif tentang sains dikalangan kanak-kanak.


Ibubapa tak dibenarkan masuk. Jadi lepas register dapat tiket dengan nombor pendaftaran. Bila nak jemput anak lepas program habis, mesti tunjuk tiket tu baru staff BASF akan lepaskan anak anak kat parents. 

Disebabkan ibubapa tak boleh masuk ke dalam 'lab' tu, tahun ni buat kali pertama BASF buat satu aplikasi  khas yang dinamakan 'Periscope' untuk membolehkan ibubapa tengok aktiviti anak anak kat dalam lab tu melalui 'live streaming'. Menarik kan? 

Tapi Mama special skit laa. Sebab bloggerkan, so dapat lah masuk tengok aktiviti dan reaksi anak anak masa dok buat eksperimen tu. Tapi takat tengok je lah, mak budak tak leh join sekaki huhu *aii teringin gak hahaha*

Haruslah posing dulu bersama bakal saintis kan ;-)

Masa program yang si kembar 3 ni join hari tu, diorang dapat buat beberapa eksperimen berkaitan air. Kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ada staff yang tolong guide diorang buat semua eksperimen tu. Hmm tak yah cerita panjang, jom layan gambar je lah...

Peserta

Dibahagikan ikut kumpulan

Eksperiment tentang air. Belajar tentang ketumpatan air (water density) menggunakan beberapa jenis cecair yang berbeza.


Faris & his lab partner

Kusyuk


Pandai Fauzi pilih 'lab partner' kan? Ehemm...

Eksperimen 'Butterfly' - belajar tentang Anthocyanin, satu pigmen yang boleh bertukar warna bila ada perubahan pH. Errr Mama pun tatau apa kebendanya tu, nampak gaya Mama pun patutnya join buat eksperimen tu hahaha

Happy face :-)


Kami enjoy!!!


Komen ikhlas dari Faris ;-)


Overall, Mama rasa program BASF Kids's Lab ni memang bagus. Selain daripada ajar anak anak tentang sains, program macam ni juga boleh bantu bina keyakinan diri kanak kanak bila dapat bergaul dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain, yang mana diorang tak pernah jumpa pun sebelum ni. 

Lagi satu, program ni dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, jadi pada masa yang sama anak anak dapat practice Bahasa Inggeris juga. Macam si kembar ni, diorang tak berapa cekap lagi berkomunikasi guna Bahasa Inggeris, tapi dengan bimbingan daripada staff BASF dan 'lab partner' diorang berjaya juga habiskan semua eksperimen. Good job boys! 

Dannn....yang paling penting skali, diorang belajar bahawa sains tu menyeronokkan. Science is fun! Harap harap tahun depan dapat laa join lagi program macam ni, best! :-)

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh tengok kat Facebook BASF Malaysia yer.

3 comments: