Penangan Minyak Wangi Che Ta

Salam dears,
Best ke minyak wangi Che Ta? Alaa...yang Precious by Rozita Che Wan tu? Itulah yang Mama fikir masa tengok orang pakat dok order perfume tu. Pastu dengar/baca plak kawan kawan yang pakai kata bau best dan harga pun murah. Huhh...tak leh jadi ni...aii pun nak juga!

Mama pun mengskodeng kedai kedai online kat Facebook & Instagram. Tapi selalu hampa, sebab stok cepat habis, dan kebanyakannya kena pre-order. Mama dah tak sabar nak cuba, nak sekarang juga! Tak nak pre-order. So...gigih laaa usha IG shops sampai akhirnya dapat apa yang dihajatkan! Tambah plak, seller tu boleh COD di KL Sentral, dekat ngan ofis Mama. Yahooo!

Lepas beli tu, tak menyempat nak balik rumah dah terus sembur pakai kat ofis haha. Mula mula Mama beli Precious saja, tapi lepas sembur tu ofismate Mama pun turut tergoda! Terus dia suh Mama order lagi sebotol. Immediately call seller tu, dia masih di KL Sentral masa tu. Sepantas kilat Mama berlarian (yer..berlarian hokey) pi ambil lagi sebotol Precious dannn aii terjebak beli Gorgeous juga hahaha. Shopaholic memang camni kot ;-)


Harga Precious RM29.90 dan Gorgeous RM45.00 (tapi seller jual RM50 sebab dia ambik upah sebagai personal shopper)

Pastu, sebaik saja Mama post pic 'hasil tangkapan' tu di Facebook & Instagram, ada lagi kawan kawan yang terpengaruh dan minta Mama tolong belikan juga. Wahhh murah rezeki seller tu hari tu, bisnes masyukkk hehe


Sukaaa! Memang kena dengan taste Mama. 

Haaa tu dia penangan perfume Che Ta. Dah pakat ramai ramai pakai perfume Che Ta mai ofis ni haa. Tapi Mama tak kisah, Mama suka bila dapat 'pengaruh' kawan kawan sama naik bershopping dengan aii hahaha. Suka bila apa yang kita guna tu, orang lain pun berkenan juga. Sebab itu maknanya, apa yang kita pakai tu best laa kan? :-)

Labels: ,