Akhirnya Kena Beli Juga Mesin Basuh

Salam dears,
Bila mesin basuh rosak, tiba tiba rasa macam 'gelap' je dunia. Drama sangat kan? Hehehe. Tapi macam tu laa yang Mama rasa bila Ayah call bagitau "mesin basuh rosak lagi ni". Terus terpikir...habis melayang laaa duit! Huwaaaa...

Dulu dah pernah repair dah mesin kat rumah tu. Masa tu tukang repair dah cakap kalau lagi sekali rosak, beli je lah yang baru. Kos repair pun dah RM300 lebih. Lagipun mesin tu pun dah 8 tahun guna. Mama pun survey lah mesin basuh dan terbekenan yang ni...

Samsung Washer WA90J5710SG ADW Top Load 9kg

Alasan utama terpikat dengan model ni ialah sebab 'built-in sink' untuk 'prewash' tu. Senang sikit nak tonyoh sabun ke dynamo ke dikotoran degil sebelum masukkan kedalam basuhan mesin. 

Selain daripada tu, suka dengan ciri teknologi 'wobble' yang katanya boleh kurangkan baju bersimpul simpul semasa basuhan. Betul atau tidak, kena tunggu dah guna nanti baru tahu lah kan.


Tertarik juga dengan 'magic dispenser' untuk sabun ni. Harapnya dengan 'magic dispenser' camni sabun tak berketul ketul lah dalam tu.


Lagipun, tengah ada harga promosi untuk AEON Card Member. Harga asal RM1,499, lepas diskaun jadi RM1,029. Banyak beza tu. Promo ni sah sampai 31 Disember ni saja.

Ikutkan ada lagi sales di tempat lain. Malah HLK buat warehouse sale barangan elektrik di Kota Kemuning, Shah Alam (nak tahu sila Google ye hehe). Tapi disebabkan agak jauh dan memikirkan kalau mesin problem ke rosak ke apa nanti susah plak nak uruskan, maka beli je lah yang mana dekat. Lagipun, memang dah terbekenan dengan model ni kan...

Pastu ingatkan nak dapat cepat sebab dekat. Tapi rupa rupanya kena tunggu minggu depan juga, sebab jadual penghantaran diorang dah penuh huhu. Takpa lah, bertabah je lah. Sementara tu, ayuhlah membasuh baju di kedai dobi layan diri hehe. Nasib baik ada banyak kedai dobi camtu kat area ni.

Hmm lepas upload pic dalam Instagram semalam, ada yang feedback kata model ni kuat juga guna elektrik. Ada sesiapa yang guna model ni tak? Kalau ada, sudi sudikanlah tinggal komen. Sharing is caring gitu. Walaupun sebenarnya dah tak boleh buat apa pun, sebab dah terrrbeli dah pun, tapi sibuk gak nak tahu hehehe ;-)

Labels: ,