Antara Star Wars: The Force Awakens dan Dilwale...

Salam dears,
Korang dah tengok tak dua filem yang paling 'hot' sekarang ni - Star Wars: The Force Awakens dan Dilwale? Kedua duanya Mama rasa adalah filem yang ditunggu tunggu oleh ramai orang. 

Star Wars...well tak yah cakap banyaklah, memang filem yang dah ada 'cult' atau pengikutnya sendiri. Dilwale pula...hmm peminat Kajol dan Shah Rukh Khan pasti takkan lepaskan peluang untuk menonton gandingan dua pelakon hebat ni kan? Mama dah pun tonton ke dua dua filem ni. So meh nak review kedua duanya sekali...



pic dari Google

Bagi Mama, Star Wars sekadar ok ja...tak lah best sangat sangat. Tak dinafikan, memang kagum lah tengok filem fiction yang nampak 'real' - robot, makhluk asing, kapal angkasa tu semua. Dunia Star Wars seolah olah betul betul wujud! Lakonan? Mantap.

Tapi...bagi Mama ada yang kurang skit. Sebab rasa macam jalan ceritanya, aksi dan adengan yang lebih kurang sama dengan filem Star Wars yang sebelum sebelum ni. Plotnya pun...ermm macam dah boleh diagak. 

Rasa macam filem Star Wars: The Force Awakens ni umpama untuk mematikan/menggantikan watak lama dan memperkenalkan watak baru, yang fungsinya/kepentingannya lebih kurang sama dengan watak yang lama...err tatau laa camna nak cakap. Korang yang dah pernah tengok filem Star Wars sebelum sebelum ni faham lah kot?

Ada part yang bagi Mama agak slow skit. Ayah sampai tertidur hahaha. Mungkin juga sebab tengok show kul 8.45 malam dan dah ngantuk kot masa tu hehe. Ehhh peminat Star Wars jangan kecam Mama plak naa...jangan marah. Ini pendapat peribadi Mama je ye. Ada ramai gak kawan kawan yang kata Star Wars ni best. 



pic dari Google

Dilwale plak? Hmm Mama bukanlah peminat tegar dan dah lama tak tengok filem Hindi. Malah, Dilwale ni baru filem Hindi yang ke-2 Mama tengok kat panggung. Yang pertama dulu Kabhi Kushi Kabhie Gham. Tu pun sebab kawan kawan mintak jadi driver bawa diorang ke panggung wayang.

Tapi kali ni,  disebabkan ramai yang kata Dilwale best, Mama pun cari trailer & video clipnya di YouTube. Lepas tu baru tergerak hati nak pergi tengok kat panggung. Pergi sorang sorang. Mama memang suka tengok wayang sorang sorang je. 

Dan...sebaik saja keluar dari panggung Mama terus pergi beratur nak beli tiket untuk ulang tengok...tapi masa tu tiket dah habis! Nangesss! Ni lah penangan Diwale...untuk Mama lah...untuk orang lain tak tahu lah kan.

Menonton Dilwale hampir tiga jam langsung tak terasa. Sampaikan Mama macam tak nak bangun walaupun filemnya dah habis. Siap tunggu tengok ending credits dan lagu penutupnya 'Tukur Tukur' sampai habis hahaha

pic dari Google

Bagi Mama, Dilwale mempunyai adunan yang 'cukup rasa'. Dan plotnya ada 'twist' yang Mama tak jangka masa awal filem. Aksi yang mendebarkan, lucu, sedih tapi tak terlalu tangkap leleh, romantik, adengan lawan lawan, tembak menembak dan kejar mengejar kereta semua ada! 

Memang terrrlayan feeling tengok filem ni. Bila Shah Rukh Khan senyum, Mama pun ikut senyum. Bila Kajol senyum, Mama pun turut tersenyum sorang sorang. Ehh macam gedik jaa kan? ;-)

Lagu lagu dalam Dilwale ni pun best. Kaki siap bergoyang ikut rentak lagu, walaupun sambil duduk hahaha. Pemandangan cantik! Tambah plak dengan hero dan heroin yang memang sedap mata memandang, saya suka! Yes...Shah Rukh Khan super duper handsome hokeyyy. Makin tua, makin kacak...

Cuma...watak King ketua gangster tu...dah tak macam watak penjahat tapi watak badut plak. Tak timbul rasa takut atau benci tengok penjahatnya. Lakonan? Shah Rukh Khan dan Kajol memang tip top lah. Hero dan heroin kedua yang jadi adik adik Raj dan Meera tu plak biasa biasa je kot. Tapi overall, Mama rasa tak lah sampai mencacatkan filem ni.

Hmm setelah menonton kedua dua filem Star Wars: The Force Awakens dan Dilwale, apa yang Mama boleh katakan ialah...Star Wars? Cukup lah sekali saja. Dilwale? Mama nak tengok lagi..dan lagi...dan lagi! :-)

Lagu ni yang Mama paling suka dalam Dilwale...layannn...

Labels: