Bos Atau Pemimpin?

Salam dears,
Terasa nak kongsikan ni kat sini. Sebab Mama rasa ianya betul, betul, betul! 

Betul kan?

Nak jadi bos memang senang. Ada pangkat, ada kuasa, pandai mengarah orang lain je buat kerja itu ini, dah boleh jadi bos. Bagi je arahan, tak ambil peduli macam mana kerja disiapkan, tak berbincang, tak bagi bimbingan, janji siap! Paling 'best', arahan melalui e-mel, 'follow-up' pun melalui e-mel. Komunikasi yang bagus ke kalau camtu? Hmmm...

Pastu guna kuasa dan tekan. Kalau tak siap, kalau tak buat seperti yang diarahkan, anda boleh dikenakan tindakan disiplin. Hmm....itu bukan motivasi atau dorongan yang positif. Itu dah macam ugutan. Adakah ugutan akan menyebabkan kita akan bekerja dengan lebih baik, lebih dedikasi? Mama rasa tidak! Boleh buat lagi stress adalah. Dan bila stress, mutu kerja mungkin terjejas, betul tak? 

'Leader'...pemimpin...haaa nak jadi pemimpin tu yang susah! Dan Mama rasa ada lebih banyak 'boss' daripada pemimpin. Tapi Alhamdulillah, Mama pernah bekerja di bawah orang yang boleh Mama anggap sebagai pemimpin. Orang yang Mama hormati dan dengan rela hati bekerja dengannya. Bukan sebab terpaksa semata mata.

Bila kena marah pun, terima dengan hati yang terbuka sebab tahu memang kesalahan tu patut kena marah. Lepas tu dapat belajar dari kesalahan tu, sebab seorang pemimpin akan terangkan kenapa benda ni salah, apa yang sepatutnya dibuat dan apa yang perlu dibuat untuk pastikan kesalahan tu tak berulang lagi. Daripada seorang pemimpin, banyak benda yang kita akan boleh belajar. 

Memang terasa lain semangatnya bila bekerja dibawah seorang pemimpin. Kalau kerja tengah banyak bertimbun timbun pun, masih semangat bangun pagi nak pergi kerja. Sebab tahu kalau ada apa apa masalah, boleh rujuk dan berbincang dengan orang yang lebih arif. Tapi kalau bekerja dengan seorang 'boss', bila nak pergi kerja asyik terfikir...apa lagi laa yang aku nak kena hari ni? huhuhu *nanges*

Kalau korang jenis yang bercita cita tinggi dalam karier dan nak jadi seorang ketua suatu hari nanti, tolonglah...tolonggg lah jadi seorang ketua yang bolah dipanggil pemimpin, bukan 'boss' saja ye. Kalau sekadar jadi 'boss', maka dapatlah 'orang suruhan' semata mata. Tapi kalau jadi pemimpin, akan dapat pengikut yang setia berkhidmat bersama sama. Yang mana yang korang nak? ;-)

Labels: