Masuk Wad Juga Akhirnya....

Salam dears,
Beberapa hari ni Mama tak sihat, demam batuk dan semput (asma). Hari Rabu lepas agak teruk, setelah berkali kali ambil ubat gas nebulizer tak baik baik juga, doktor terus cucuk je ubat. Lagi cepat kesannya. 

Ikutkan doktor tu nak suruh Mama terus ke hospital je, sebab dia risau Mama 'collapse' terus. Tapi...Mama tak nak pergi hospital, sebab takut kena tahan kat wad. Aii tak mau dok wad. Nak dok umah je.

Tapi akhirnya hari ni terpaksa juga dok wad....sebab teman si Faris. Yup, Faris plak semput ni dan kena tahan kat wad. Mama opkos laa jadi penemannya.

Faris mula batuk batuk sejak hari Rabu, berjangkit daripada Mama lah kot. Malam semalam dia tiba tiba semput. Sebelum tidur Mama dah bagi ubat gas neb dah, kat umah memang ada mesin neb tu. Pukul 4 pagi bagi neb, pastu pukul 6.30 pagi camtu ulang lagi sebab dia masih semput. Ishhh tak leh jadi ni, kena pergi hospital jugak!

So lepas dah siapkan dan hantar Fahmi dan Fauzi ke sekolah, terus bawa Faris ke bahagian kecemasan hospital. Kat situ je dia dah kena ambil neb lagi 2 kali. Tapi dia masih sesak nafas, dada masih berbunyi, paras oksigennya pun kurang daripada paras normal. So tak ada pilihan, terpaksalah ditahan di wad. Doktor risau kalau dia tiba tiba jadi lebih teruk dan tak boleh bernafas. 

Tengah ambik neb pun tetap nak tunjuk jari 'good' hehe

Strong boy, kena cucuk pun tak nangis. Releks ja :-)

Akhirnya, setelah bertahun lamanya tak duduk wad, akhirnya terpaksa juga 'berkampung' disini beberapa hari. Hmm bila diri sendiri yang sakit, leh jaa buat kering mengelat tak nak masuk wad. Tapi bila anak anak yang kena, memang tak pikir 2 kali dah, ikut jaa cakap doktor. Biasalah, mak pak memang camtu kan? Hehe

Doakan moga Faris cepat sembuh ye. Thank you :-)

Labels: ,